Thursday, 26 July 2012

Ada apa pada gambar 2?


Arahan:
Teliti gambar berikut. Berikan pendapat kamu mengenai gambar tersebut. Gunakan SAMMBoB.

Siapakah yang terlibat dalam gambar itu?
Apakah aktiviti yang sedang mereka lakukan?
Mengapakah mereka melakukan aktiviti tersebut?
Di mana mereka melakukan aktiviti tersebut?
Bila mereka melakukan aktiviti tersebut?
Bagaimana mereka melakukan aktiviti tersebut?

Jika kamu berada dalam situasi mereka, apakah perasaan kamu? Mengapa?
Watak yang mana dalam gambar ini menarik perhatian kamu? Mengapa?

Apakah nilai (values) yang cuba ingin diberitahu kepada kamu melalui gambar ini?



Tuesday, 24 July 2012

Unit 8: Permainan Dahulu dan Sekarang


Kongsi pandangan kamu tentang soalan-soalan ini. Setiap soalan dalam 80 patah perkataan.

1. Permainan tradisonal menarik. Berikan pendapat kamu.

2. Cara-cara untuk melestarikan(memastikan ia tetap ada) permainan tradisional Melayu di kalangan pelajar.

3. Permainan yang saya suka.













Tuesday, 3 July 2012

Unit 7: Musuh Halimunan

Berdasarkan topik minggu ini, 'Musuh Halimunan', sila kongsi renungan kamu:

Dalam 100 perkataan bagi setiap soalan: (Setiap perenggan 10 markah)
1) Cipta satu perenggan dengan tajuk 'Aku seekor nyamuk Aedes'.
2) Cipta satu perenggan dengan tajuk 'Cara-cara kita boleh mencegah demam denggi'.
3) Cipta satu perenggan dengan tajuk ' Kebersihan sekitaran menjamin kebahagiaan.'

Cari gambar-gambar atau klip video yang boleh menjadikan entri untuk blog kamu lebih menarik lagi. Selamat mencuba!

Bulan Bahasa 2012

Tema:

Kukuhnya Nilai Eloklah Budi. 

Bahasa Kita. Gunakanlah. 



Lelaman Majlis Bahasa Melayu Singapura (Klik Di Sini)


Bulan Bahasa 2012 bermula 1 Julai hingga 15 Julai 2012.

Tuesday, 17 April 2012

Sketsa Peribahasa

Setiap peranan dalam lakonan akan meningkatkan kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan yakin, menggalakkan kreativiti dan menambah keseronokan kamu belajar. Cikgu ucapkan syabas atas usaha di bawah ini. 







Lakonan: Khalidin, Raihan dan Riduan




Lakonan Sirhan, Aqil, Aiman dan Hazim



Lakonan Sofea, Umairah, HAziqah, Shaqina, Aqilah dan Shahira




Lakonan Fazli, Danial dan Haziq

Peribahasa Warisan Kita

Sila nikmati hasil kamu dan rakan-rakan mengenai peribahasa komik di bawah ini. Harap hasil-hail ini dapat membantu dalam pembelajaran kamu tentang peribahasa dan maknanya.


Peribahasa 1:
Harapkan mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.
Dihasilkan oleh Umairah


Dihasilkan oleh Liyana 



Peribahasa 2: 


Jauhari juga yang mengenal manikam.
Dihasilkan oleh Riduan
Dihasilkan oleh Fazli


Dihasilkan oleh Aqil









Peribahasa 3:


Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak.
Dihasilkan oleh Shahira


Dihasilkan oleh Sofea



Peribahasa 4:
Cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga.


Dihasilkan oleh Shaqina

Dihasilkan oleh Nurul Aqilah





Peribahasa 5:
Genggam bara api, biar sampai jadi arang.


Dihasilkan oleh Aiman
Dihasilkan oleh Danial


Dihasilkan oleh Hazim







Peribahasa 6: 
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.


Dihasilkan oleh Haziqah



Peribahasa 7:
Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.



Peribahasa 8:
Hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa.


Dihasilkan oleh Haziq














Wednesday, 21 March 2012

Ada apa pada gambar?

Menonton persembahan di Museum Bukit Chandu
Salah satu pameran di museum Bukit Chandu
Pintu masuk Museum Bukit Chandu




Gunakan teknik SAMMBoB untuk berbicara tentang gambar-gambar di atas.
Panduan (SAMMBoB):

  • Siapakah yang terlibat dalam gambar itu?
  • Apakah yang dilakukan oleh watak-watak  terlibat?
  • Mengapakah watak-watak itu melakukan perkara/kelakuan demikian?
  • Di mana perkara itu dilakukan?
  • Bila perkara/kelakuan itu berlaku?
  • Bagaimanakah watak-watak itu melakukan perkara/kelakuan itu?
  • Perasaan watak-watak?
  • Perasaan kamu mengenai adegan itu?
  • Apakah yang kamu pelajari daripada gambar itu?
  • Bagaimanakah kamu dapat menggunakan apa yang kamu pelajari daripada gambar-gambar itu dalam kehidupan kamu seharian?
Markah: Kualiti jawapan/ Isi: 20
              Bahasa                  :20
              Jumlah                   40









Tuesday, 28 February 2012

Tugasan E-learning 2 Aspirasi


Arahan:

  • Gunakan Youtube.
  • Cari filem-filem klasik Melayu.
  • Daripada carian kamu, pilih satu filem yang pada pandangan kamu menarik perhatian kamu.
  • Cari sedutan-sedutan filem itu yang mengandungi adegan-adegan yang kamu minati.
  • Pilih 2 adegan.
  • Bagi setiap adegan klip video itu, berikan komen-komen yang menjelaskan mengapa kamu suka adegan itu.

Bagi setiap klip video dan komen, di bawah ini adalah soalan panduan:(SAMMBoB)

  • Siapakah yang terlibat dalam klip video itu?
  • Apakah yang dilakukan oleh watak-watak yang terlibat?
  • Mengapakah watak-watak itu melakukan perkara/kelakuan demikian?
  • Di mana perkara itu dilakukan?
  • Bila perkara/kelakuan itu berlaku?
  • Bagaimanakah watak-watak itu melakukan perkara/kelakuan itu?
  • Perasaan watak-watak?
  • Perasaan kamu mengenai adegan itu?
  • Apakah yang kamu pelajari daripada adegan itu?
  • Bagaimanakah kamu dapat menggunakan apa yang kamu pelajari daripada menonton adegan itu dalam kehidupan kamu seharian?

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------



Satu filem klasik yang saya suka tonton adalah filem Si Tanggang

Siapakah yang terlibat dalam klip video ini?
Berdasarkan klip video di atas, ia melibatkan watak Si Tanggang, Jelutung dan rakan-rakannya serta ibu Tanggang. 

Apakah yang dilakukan oleh watak-watak yang terlibat?
  • Jelutung dan rakan-rakan telah meminta Tanggang sedikit pisang yang dibawanya tetapi Tanggang enggan. 
  • Ibunya bertanya di mana Tanggang mendapat pisang itu. Tanggang memberitahu bahawa dia telah diberi pisang itu setelah menolong orang kaya membersihkan semaknya. Ibu Tanggang pula telah membuat pisang salai untuknya. 
  • Si Tanggang telah disengat lipan ketika dia dan ibunya di hutan mencari cendawan. Ibunya telah membunuh lipan itu lalu mengubat Tanggang semampu mungkin.

Mengapakah watak-watak itu melakukan perkara/kelakuan demikian?
  • Mungkin Jelutung dan rakan-rakannya suka membuli Tanggang kerana Tanggang dari keluarga miskin dan dia tidak kelihatan ada kawan.
  • Ibunya telah memasak pisang salai kerana dia tahu itu makanan kegemaran Tanggang.
  • Tanggang dan ibunya mencari cendawan di hutan kerana cendawan mungkin menjadi bahan makanan mereka. Cendawan di hutan juga percuma.
Di mana perkara itu dilakukan?
  • Adegan ini berlaku di kampung
  • Di rumah Tanggang
  • Dan di hutan
Bila perkara/kelakuan ini berlaku?
  • Ia mungkin berlaku sepanjang hari sehingga adegan itu menunjukkan Tanggang dewasa.
Bagaimanakah watak-watak itu melakukan perkara/kelakuan itu?
  • Jelutung dan rakan-rakannya telah mengejar Tanggang sampai ke rumah. Tanggang dapat menyelamatkan dirinya kerana Jelutung dan rakan-rakan tidak berani mengusik Tanggang lagi ketika melihat ibu Tanggang ada di sisinya.
  • Ibunya telah memasak pisang yang dibawa Tanggang dengan menggunakan peralatan di dapur yang kelihatan buruk dan usang itu. Dia masak menggunakan kayu sebagai bahan api.
  • Tanggang dan ibunya mencari cendawan dengan memetik cendawan-cendawan yang tumbuh pada pokok-pokok dan juga yang ada pada tanah-tanah sekeliling kawasan hutan itu.
Perasaan watak-watak?
  • Mungkin Jelutung dan rakan-rakannya berasa terkilan dan hampa kerana Tanggang berjaya melarikan diri daripada mereka.
  • Ibunya sayang kepada Tanggang sehingga dia tahu makanan kegemaran anaknya itu iaitu pisang salai.
  • Ketika disengat lipan, Tanggang kelihatan menangis dan ibunya pula mungkin berasa cemas lalu terus membunuh lipan itu dan mendukung Tanggang pulang ke rumah.
Perasaan kamu mengenai adegan itu?
  • Saya berasa cemburu dengan hubungan Tanggang dan ibunya. Ini kerana saya banyak meluangkan masa bersama ibu saya, jadi saya jarang dapat melihat kasih sayang ibu terhadap saya.
Apakah yang kamu pelajari daripada adegan itu?
  • Saya pelajari bahawa kadang-kadang akan ada orang atau kawan yang akan mengusik kita. Tetapi kita tidak perlu melawan, jauhkan diri kita daripada mereka.
  • Saya juga pelajari tentang kasih sayang yang ditunjukkan oleh ibu Tanggang kepadanya. Dia menjaga Tanggang seperti menatang bagai minyak yang penuh.
Bagaimanakah kamu dapat menggunakan apa yang kamu pelajari daripada menonton adegan itu dalam kehidupan kamu seharian?
  • Saya akan ikut langkah Tanggang yang suka membantu orang lain. Saya juga akan melakukan demikian. Kerana jika kita suka membantu, orang akan suka pada kita.
  • Saya juga akan cuba meluangkan masa lebih bersama ibu untuk merapatkan hubungan saya dan dia.